|
|
www.saifulislam.com PREFACE Allah SWT says in the Holy Quran (trans.): "It is not for the Believers to go forth (all) together: if a contingent from every expedition go forth to devote themselves to studies in religion, and admonish the people when they return to them,- that thus they (may learn) to guard themselves (against evil)." (Al-Quran 09: 122) In this verse Allah SWT communicates the students of knowledge about their duty. They are the selected group to fulfill the need of the Ummah and its mission's continuity. Ulema' produce mujahideen and mujahideen are those who defend the Deen. In this verse Allah uses the word "inzar - wa liyundziruu qawmahum" rather than "taa'lim" as to describe the duty of Ulema'. They are not only required to pass knowledge but also to remind the nation. Inzar is to remind and taa'lim is passing the knowledge. To remind and admonish the people means to guide them to differentiate between what is Halal (permissible) and what is Haram (prohibited). This is the duty of all students of knowledge, the duty of Ulema', the inheritors of the Prophets. I produce this website to place my articles and selection of links, which might be useful to the readers. Views, information, links and opinions expressed herein by others do not necessarily represent those of mine. Further distribution of material featured on this list may be restricted. In all cases, please obtain the necessary permission of the authors or rightful owners before forwarding any material to or from this list. This service is meant for the exchange of analyses and news, for both academic and dakwah usage. Most of the articles are written in Malaysian Language. But you still can take a look at all the links provided and I keep updating them moment to moment. If you find any mistakes to be corrected, do not hesitate to contact me and don't forget to sign my guestbook before leaving. Jazakumullahu khairan. **********
PENDAHULUAN Allah SWT menyebut di dalam Al-Quran (terjemahan): "Adalah tidak wajar orang-orang yang beriman itu keluar semua sekali ke medan peperangan. Mengapa tidak keluar dari setiap kumpulan mukminin itu satu golongan yang pergi mendalami ilmu agama, supaya mereka itu dapat memberikan peringatan kepada kaum masing-masing apabila mereka kembali, mudah-mudahan dengan itu kaum tersebut akan beringat-ingat (dengan hukum Allah)". (Surah At-Taubah: 122) Di dalam ayat ini, Allah SWT berkomunikasi dengan penuntut ilmu agama tentang tanggungjawab mereka. Mereka adalah kumpulan terpilih yang bertanggungjawab memenuhi keperluan ummah dan meneruskan kesinambungan misinya. Ulama' menghasilkan mujahidin dan mujahidin pula adalah mereka yang mempertahankan agama. Di dalam ayat ini Allah SWT menggunakan lafaz inzar (wa liyundziruu qawmahum) dan bukannya taa'lim untuk menerangkan tentang tugas Ulama'. Ulama' tidak hanya dituntut supaya menyampaikan ilmu bahkan mereka berkewajipan memberikan peringatan. Inzar bererti memberikan peringatan manakala taalim pula hanya bermaksud menyampaikan ilmu. Memberikan peringatan itu bermaksud memberi panduan kepada umat untuk mereka membezakan di antara yang Halal (Haq) dan Haram (Batil). Inilah tugas setiap penuntut ilmu, tugas para Ulama' yang menjadi pewaris Anbiya'. Saya hasilkan halaman ini dengan maksud menempatkan artikel-artikel yang pernah saya tulis, serta mengumpulkan link yang dirasakan boleh dimanfaatkan oleh pembaca. Pandangan, maklumat, link dan pendapat yang terdapat di sini tidak semestinya mencerminkan pendirian saya. Penerbitan semula bahan-bahan berkenaan mungkin tidak dibenarkan oleh pemiliknya. Oleh yang demikian, sebarang penerbitan susulan hendaklah dirujuk kepada pemilik artikel, halaman dan link berkenaan. Usaha ini hanya bertujuan untuk bertukar-tukar maklumat dan berita, sebagai kegunaan akademik dan dakwah. Kebanyakan artikel ditulis di dalam Bahasa Malaysia. Link yang terdapat di sini saya kemas kinikan dari semasa ke semasa. Sekiranya anda menemui sebarang kesilapan yang wajar diperbetulkan, janganlah teragak-agak untuk menghubungi saya dan jangan lupa menandatangani buku pelawat sebelum meninggalkan halaman ini. Jazakumullahu khairan * * * * * * * HASRIZAL
ABDUL JAMIL
|
This site is best viewed with 4.0 or greater browsers at 1024 X 768 resolution.